Bila cakap pasal gerbang perkahwinan, ade 1001 yang muncul dalam kepala kan? salah 1 nya budget ! pening mana nak cari bajet utk perkahwinan impian! lagi2 dengan pasangan yang kita nak hidup bersama selamanya.
Banyak yang kita fkr sampaikan kita terlepas benda2 penting, utk majlis kita nanti, so apelagi !
buat checklist utk memudahkan urusan hari bahagia anda :)
6 months before the big day :)
-PILIH TARIKH DAN TEMPAT
Ini adalah penting untuk kedua-dua belah pihak, supaya tak ter'clash' dengan apa2 jemputan perkahwinan atau aktiviti2 lain :)
- TENTUKAN KONSEP DAN TEMA WARNA MAJLIS PERKAHWINAN
Bagi melancarkan proses penyediaan dewan, pelamin, dulang hantaran, baju pengantin , bridemaid, goodies dan sebagainya, pastikan anda berbincang dengan pasangan anda tentang konsep dan tema warna majlis perkahwinan anda.
-HANTARAN DAN JUMLAH DULANG
Biasanya jumlah dulang ni nombor ganjil dan perempuan biasa nya akan berikan lebih kepada pihak lelaki.
contoh :
Wanita 11 dulang berbalas 9 dulang dari pihak lelaki
wanita 9 dulang berbalas 7 dulang dari pihak lelaki
tapi hantaran ni tak diwajibkan pon, sesuai mengikut adat kita dari zaman nenek moyang kita dulu.
-URUSAN PEJABAT AGAMA ISLAM
Urusan ni amat penting berbanding urusan2 lain,
1. Ambil borang nikah
2. kenal siapa kadi nikah anda
3. tentukan saksi-saksi nikah
4. isi borang dan dapatkan tandatangan pengesahan dari ketua kampung atau orang yang berkenaan
5.ketahui mas kahwin di negeri anda (mas kahwin berubag saban tahun, bergantung kepada negeri masing2)
6. Semak status permohonan nikah
7.Pastikan pendaftar perkahwinan di tempat anda maklum tarikh nikah anda
8. Sahkan kehadiran Tok kadi dan Saksi
9. Bayaran Upah kadi dan saksi (bergantung kepada keikhlasan)
seterusnya, boleh lah cek kat blog/link kat bawah :)
http://www.askwedding.com.my/news-detail.php?news=7